Tuesday, November 10, 2009

Enforcement and attitude problem

Persoalan lazim dan basi timbul lagi pada sidang teh tarik last weekend. Entah dah berapa kali I kena ulang my opinion untuk persoalan itu. Berbanding negara luar, terutama negara maju yang pernah dilawati, masalah utama kita ialah kelemahan penguatkuasaan dan sikap kita. Itulah jawapan mudah mengenai masalah kita.


Enforcement

Lihat sajalah what happens when there’s weakness in enforcing dengan tegas segala apa undang-undang dan perkara yang sewaktu dengannya. Hasilnya ramai yang tidak takut untuk melanggar peraturan, undang-undang serta yang berkaitan.

On the road, ramai pemandu yang rabun warna di traffic lights, tak kenal lagi kotak kuning, lupa dunia bila memegang stereng dan entah apa lagi ragam jahanam. Mengapa? Sebab mereka dah tak takut dengan polis trafik dan undang-undang yang berkaitan.

Lihat sajalah keadaan di sekeliling yang semakin dicemari dengan gelagat negatif pekerja asing. Masuk ke kedai saja, 85% chances are you will be greeted by a non-Malaysian shop assistant & about 50% chances they don’t have proper documents. Why? Amat mudah untuk mendapatkan bot haram berulang alik ke mari kerana kelemahan pihak penguatkuasa di laut. Amat mudah juga untuk mereka menyamar sebagai pelancong dan masuk ke mari melalui jalan darat serta udara.

Tak percaya? Tanyalah sendiri pekerja asing yang kena tahan tanpa dokumen the way they came in. Well, I’ve done that a few times and their answer boils down to enforcement.

Bagitu juga dengan gelanggang lain seperti brader kastam, penghulu hutan, tauke perbandaran, bos bandaraya, awek kesihatan, pengawas JPJ & LPKP dan banyak lagi. Letih jika disenaraikan satu persatu di sini. Pergi sajalah di depan KLCC, sekitar Puduraya, bawah stesen monorel & taxi stands di Bukit Bintang sebagai contoh, mata kita akan berpesta melihat gelagat pemandu teksi yang tidak lagi takut dengan pelbagai undang-undang & peraturan yang perlu mereka patuhi.

Renungilah apa-apa kementerian & jabatan yang anda minati dan common denominator yang bakal anda dapati ialah persoalan kelemahan penguatkuasaan. Betul ke seperti dia orang kata hati orang Malaysia ni lembut sangat & mudah diambil kesempatan, terutama oleh orang asing?

Attitude
Ini satu lagi penyakit lazim. Kebanyakan kita belum ada lagi sikap yang perlu jika mahu menjadi negara maju, terutama menghargai masa.

Contoh mudah ialah usaha pihak berwajib di Lembah Klang untuk mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Baru-baru ini diumumkan kerajaan memperuntukkan sejumlah besar wang untuk meningkatkan sistem LRT dan bas bagi memenuhi keperluan masa depan. Boleh berjaya ke ni? Jawapannya for sure yes but, to me, dengan peratusan yang rendah kerana tidak boleh lagi mengatasi the argument of not wasting time using public transport due to its inefficiency.

Mengapa? Well… Sebelum meningkatkan sistem LRT, the support system yang menyedihkan dewasa ini perlu ditingkatkan dulu kerana masa passengers masih & banyak lagi terbuang.

‘Janji manis’ di dalam notis yang dipaparkan di dalam bas dan di tempat strategik, bas akan disediakan setiap 15 minit, 20 minit atau 30 minit, mengikut waktu dan hari. Apa agaknya alasan pihak berwajib akan beri about me tercegat di bus stop lebih setengah jam pada hari biasa? Bukan sekali dua but hampir once setiap minggu.

Jangan la beri alasan bas tersangkut dalam perjalanan kerana traffic jam. Ini alasan basi dan tak boleh diterima coz semua orang tahu hal traffic jam sejak zaman sebelum bas mini lagi. Dah tahu traffic jam, apa yang telah dilakukan to compensate the time loss? Bas tak cukup? Pemandu tak cukup? Planning lemah? Jika inilah antara alasan yang akan diberi, kita akan kerap & tetap mendengarnya pada masa akan datang… Inilah sikap kita.

Di Jepun, waktu laluan bas akan dipaparkan bagi kemudahan orang ramai kerana orang Jepun memang terkenal dengan sikap mereka menghargai masa. Paparan itu bukannya di stesen bas but at the bus stop di tepi jalan. If tertulis the next bus akan tiba at 3.23pm di depan my training centre, memang dijamin bas itu akan tiba tepat pada waktunya. Jika awal seminit dua, bas akan berhenti hingga 3.23pm sebelum meneruskan perjalanan. Why? Telah tertanam dalam budaya kerja mereka (serta di Eropah) untuk tidak menyusahkan pengguna perkhidmatan mereka.

Di Lembah Klang, senario pemandu masih relax menghabiskan teh tariknya walaupun pada waktu bas perlu memulakan perjalanannya masih boleh lagi dijumpai. Selain itu, budaya baru menaiki bas telah pun diamalkan dan boleh dilihat ketika waktu puncak. Pepatah yang ada: bukan KL jika tiada traffic jam. Pepatah baru: bukan naik bas KL jika tidak macam sardin.

Apa tidaknya, beberapa kali dalam sebulan saya kerap merasa ‘kemesraan’ dan ‘kehangatan’ lebih 70 penumpang di dalam bas pada waktu puncak sedangkan muatan yang dibenarkan hanya 69 penumpang. Tak payah elaborate la coz itu sikap kita kan?

Fikirkan la. Jangan salahkan orang awam yang enggan meninggalkan kereta mereka di rumah. Pokok persoalan is our public transport system still membuang banyak masa penumpang.

I don’t mind jika perlu bertugas ke luar negara terutama di negara maju. Alasan utama ialah sistem pengangkutan mereka yang cekap memudahkan membuat perancangan merayau ke mana-mana tanpa pembaziran masa kerana jadual berlepas & ketibaan bas, keretapi dan LRT mereka tepat pada masanya. Maklum saja, perlu menggunakan semua masa terluang untuk melihat negeri orang.

Anda tidak perlu pergi jauh untuk merasa menggunakan sistem pengangkutan awam yang cekap, terutama bas, kerana sistem di Singapura dan Hong Kong antara yang terbaik di rantau ini.

Itu hal puiblic transport. Sikap kita di bidang lain pun boleh tahan juga. Tentu anda biasa mendengar komen umum: selagi takde yang mati, selagi itu tiada tindakan diambil. What say you?

No comments:

Post a Comment