Boring. Terkena lagi scanner Touch n Go yang baru rosak di pintu masuk stesen LRT siang tadi. Apalah nak jadi... Yang dah lama rosak pun entah dah berapa lama terbiar & belum dibaiki lagi. Am I too much to complain about these things? Well, maybe it’s coz I’m used to using problem free public systems. Malangnya it’s not in my country.
Kita sering bercakap ke arah menjadi negara maju atau negara dunia pertama. Memang la semua orang boleh bercakap apa topik pun dan ia hanya omong saja kerana sikap kita masih di takuk yang menyedihkan. Masih sikap dunia ketiga dan tiada apa yang ketara untuk memperbaikinya.
Di negara maju, bertuah jika kita jumpa peralatan kegunaan awam seperti mesin jual tiket dan pintu keluar masuk menggunakan kad debit yang rosak kerana penyenggaraan yang baik. Bukan itu saja malah ia sesuatu yang memalukan jika peralatan yang rosak itu tidak dibaiki segera, selalunya dibaiki dalam tempoh 24 jam. Pihak berwajib juga akan segera meletakkan notis supaya orang awam tidak akan menggunakan peralatan yang rosak itu, terutama mereka yang sedang mengejar masa.
Itulah budaya mereka dan pihak berwajib akan malu jika ada peralatan kegunaan awam yang rosak. Pastinya anda yang pernah ke negara maju, walaupun sebagai pelancong, akan bersetuju with this argument.
Di Lembah Klang, kerosakan peralatan pintu keluar masuk LRT, monorel atau komuter sesuatu yang biasa. Memang senario luar biasa jika ada stesen yang langsung tiada sebarang peralatan kegunaan awam yang tidak rosak. Pihak berwajib kita perlu dipuji kerana mengakuri pepatah moden: bukan KL la jika tiada traffic jam, bukan budaya kita la jika semua ini dibaiki segera.
Apabila ditanya, macam biasa, pelbagai alasan akan diberi. Seperti biasa pengguna terpaksa telan saja semua jawapan mereka kerana kita orang Malaysia dan budaya kita begitu. Sampai bila budaya ini perlu diamalkan? Sampai bila sikap ini perlu berterusan?
Couple of months ago, saya keluar dari stesen LRT KLCC menggunakan Touch n Go. Bila nak balik, didapati all Touch n Go scanners untuk masuk tidak boleh digunakan. When asked, petugas mengesahkan kerosakan semua pengimbas untuk masuk ke stesen dan tiada jawapan pasti bila akan dibaiki kerana ia tanggungjawab HQ yang pada waktu itu menghadapi masalah alat ganti. Petugas juga menggalakkan kita buat aduan ke HQ kerana ia bukan masalah baru dan telah berlanjutan begitu lama. To solve my problem of going home, petugas di kaunter asked me to just buy a ticket.
After all these years enjoying the convenience of Touch n Go di stesen LRT, monorel & komuter, do you think I will buy a ticket? Pasti nobody will believe if I say that I belum pernah lagi beli tiket LRT! Petugas kaunter boleh kata apa saja about my refusal to buy the ticket but must I be backward compatible kerana masalah yang mereka wujudkan? Memang ini la budaya kita…
Jangan bagi alasan ia masalah spare parts or pelbagai screws longgar coz kita memang tiada budaya maintenance yang baik, apa lagi budaya forecast. After giving nonsensical alasan, everybody will take their own sweet time to overcome the problem. Jika di negara maju, kerosakan peralatan yang digunakan oleh orang awam adalah sesuatu yang memalukan. That’s why they always do periodic (or preventive) maintenance. Tak tahu la apa akan jadi jika budaya ini diterapkan di sini… Sure ramai yang terkezut beruk…
Begitu juga nasib bas awam kita. Bas yang dengan lebih separuh butang untuk membunyikan loceng tidak berfungsi masih lagi digunakan. Masalah ini pernah menimbulkan kekecohan di antara pemandu dengan penumpang. Pihak pengurusan tidak terfikir ke untuk segera menghantar bas tu ke workshop? In Japan there’s no such thing as punat untuk bunyikan loceng rosak, walaupun satu!
Ini bukan karangan kosong kerana I pernah naik beberapa kali bas yang sama (zon utara) & berada di dalam bas berkenaan ketika kejadian selisih faham antara penumpang dengan pemandu itu. Siang tadi juga I naik bas dengan pintu belakangnya tidak boleh beroperasi. Tak tahulah dah berapa lama pintu belakang tu rosak. Masalah lazim tak cukup screws & terlebih nuts pihak berwajib?
Lagi mengenai bas pada masa akan datang…
Nak salahkan siapa jika masih ramai yang enggan menggunakan pengangkutan awam? Banyak lagi hal public transport akan disentuh berdasarkan my experience & observations di negara maju, tidak kira a few days or a few weeks stay, I’ll just do it coz most Malaysians having the opportunity to globe trot tidak mungkin akan menggunakan pengangkutan awam lagi, what more to buat bising. Bila dah upgrade diri to driving, memang susah nak guna public transport lagi macam ketika sengkek dulu.
Masih banyak lagi perlu dilakukan to improve our public transport jika mahu secara serius mengurangkan bilangan kereta di jalan raya. Bukan saja budaya kita masih lemah malah sikap mengenainya pun masih kukuh di takuk dunia ketiga.
No comments:
Post a Comment